Pertolongan segera yang diberikan kepada pesakit dengan tidak mengira bangsa atau keturunan sebelum mendapat rawatan dari doktor atau pihak hospital.
Prinsip-prinsip pertolongan cemas:
- Menyelamatakan nyawa
- Mengurangkan kesakitan
- Mengelakkan daripada keadaan bertambah teruk
- Mendapat bantuan doktor atau menghantar pesakit ke hospital
- Memberi pertolongan kepada mangsa yang cedera teruk dahulu.
- Keutamaan kepada mangsa yang tidak sedar - menjaga, terutamanya pernafasan pesakit itu
- Jangan sekali-kali menanggalkan pakaian mangsa hanya sekadar melonggarkannya sahaja dgn tujuan untuk memudahkan pernafasan mangsa dan pembantu mula memerhatikan pergerakan pernafasan mangsa.
- Membuat pengurusan bagi menghantar mangsa ke hospital.
- Menentukan pernafasan mangsa berkeadaan baik.
- Memberikan rawatan renjatan dengan segera.
- Cuba memberhentikan darah jika mangsa berdarah.
- Memberikan rawatan yang rapi dan sempurna . Arahan am untuk memberi rawatan bantu mula: Bertindak dengan cepat dan tenang. Dapatkan bantuan orang yang berhampiran untuk membuat panggilan ke polis, ambulans, keluarga dll. Bertindak berdasar DRABC [Danger Response Airways Breathing Circulation] iaitu:
- Keluarkan mangsa dari kawasan yang merbahaya [D]
- Pastikan mangsa bertindakbalas dengan memanggil mangsa atau bertanya dengannya jika mangsa sedar. [R]
- Pastikan mulut dan hidung mangsa tidak tertutup atau tersembut - jika ada keluarkan dan letakkan mangsa dalam kedudukan yang selesa [A]
- Pastikan mangsa bernafas dan jika tidak, lakukan EAR - External Air Resuscitation [B]
- Pastikan nadi mangsa berfungsi - semak di nadi karotid atau di leher [C], jika tidak lakukan CPR [Cardio Pulmponary Resuscitation].
- maklumat dari mangsa
- mangsa sakit dengan tiba-tiba
- kesan terbakar di sekeliling mulut atau bibir
- anak mata menguncup ke saiz mata jarum peniti. Rawatan: 1. Larutkan racun dengan memberi segelas air atau susu jika mangsa sedar dan tiada tanda-tanda sawan. JANGAN beri minuman jika mangsa muntah. 2. Simpan bekas racun bagi tujuan analisis. 3. Segera hubungi hospital 4. Jangan cuba meneutralkan racun tersebut dengan cuka atau air limau Terkejut Tanda-tanda:
- badan berpeluh
- pucat
- rasa nak pengsan
- resah
- nafas kerap tapi tipis
- kadar nadi bertambah tapi lemah Rawatan
- Baringkan mangsa
- Lembabkan bibir mangsa dengan air jika ia dahaga
- Jika tidak sedar, baringkan dalam posisi 'recovery'
- Jika sedar, baringkan secara terlentang dengan muka dipusing ke tepi dan kaki ditinggikan
- Selimutkan jika suhu badan menurun
- Segera hantar ke hospital Terbakar Klasifikasi terbakar 1. First Degree - dipermukaan kulit sahaja a. Kemerah-merahan atau hilang warna b. bengkak sedikit dan rasa sakit c. cepat sembuh 2. Second Degree - melibatkan hujung-hujung saraf a. merah b. ada tanda-tanda gelembung [blisters] c. bengkak yang nyata [beberapa hari] d. kulit basah akibat lelehan plasma yang keluar dari lapisan kulit yang rosak. 3. Third Degree a. kerosakan tisu lebih dalam b. kemusnahan pada lapisan kulit luar c. tisu-tisu dalam dapat dilihat.
- Sejukkan dengan serta merta dengan air sejuk
- tutup bahagian yang terbakar dengan air bersih
- baringkan mangsa
- jangan gerakkan bahagian yang terbakar
- beri minuman sedikit bagi mangsa yang sedar
- hantar segera ke hospital Melecur Rawatan
- sejukkan dengan air sejuk
- jika baju tidak melekat pada kulit dan masih lembab, tanggalkan pakaian
- rawat seperti mangsa terbakar Kejutan Elektrik
- putuskan hubungan elektrik
- periksa pernafasan, beri pemulihan pernafasan [EAR] jika pernafasan mangsa terhenti
- rawat bagi terbakar jika ada Terseliuh [dislocation] Kecederaan di bahagian sendi akibat daya dari luar yang kuat menyebabkan ligamen tertarik atau koyak. Kawasan kecederaan biasa di pergelangan tangan atau kaki serta lutut. Rawatan: RICE
- Rehatkan kawasan yang cedera [Rest]
- Letakkan ais yang telah dibungkus didalam kain ke tempat cedera [Ice]
- Balut tempat yang cedera [Compression]
- Tinggikan tempat cedera dari paras jantung [Elevation]
- Hantar ke hospital Ketegangan Otot Kecederaan apada otot akibat terregang berlebihan, akibat terlebih guna atau mengangkat benda yang berat. Tanda dan alamat - sakit yang tajam di tempat cedera dan diikuti dengan bengkak. Rawatan: RICE Terkehel Kecederaan di sendi yang melibatkan tulang terkeluar dari kedudukan asalnya. Biasanya di bahu, siku, jari dan rahang. Terkehel mungkin diikuti dengan patah tulang. Tanda-tanda: Sakit tidak boleh menggerakkan bahagian yang cedera, cacat bentuk anggota tersebut. Rawatan: 1. Berikan rawatan renjatan. 2. Jangan sekali-kali cuba memasukkan sendi yang terkeluar itu ke tempat asal. 3. Jangan lakukan banyak pergerakan. 4. Balut dengan padding atau anduh di tempat yang cedera. 5. Hantar segera ke hospital.
Important!!!! Orang dewasa yang 15% permukaan badan dan kanak-kanak 10% permukaan badan terbakar perlu dimasukkan ke hospital
Rawatan
Rawatan Pemulihan Pernafasan kepada mangsa lemas (CPR)
Definisi Lemas
Lemas adalah keadaan yang berlaku apabila oksigen terhalang/sekat daripada memasuki saluran pernafasan akibat tenggelam dalam air, tetapi tidak sampai menyebabkan kematian. Walau bagaimanapun, kekurangan oksigen dalam darah boleh mengakibatkan kerosakan tisu dan mati otak, dan fenomena ini digelar lemas.
Gejala-gejala lemas
Gejala-gejalanya bergantung kepada tahap keterukannya, antara lain termasuklah batuk, tercungap-cungap, muntah, nafas berbunyi, kulit kebiruan dan tidak sedarkan diri.
Kesan-kesan akibat hampir lemas
Situasi Hampir Lemas boleh mengakibatkan keadaan seperti:
• Jangkitan paru-paru
• Kerosakan kekal tisu otak.
Cara membantu mangsa hampir lemas.
• Nilai tahap kesedaran mangsa.
• Minta bantuan
• Periksa saluran pernafasan, keadaan pernafasan dan nadi mangsa
• Keluarkan bendasing dalam mulut mangsa (sekiranya ada)
• Lakukan Resusitasi Kardiopulmonari (CPR) sekiranya mangsa didapati tidak bernafas
• Segera dapatkan bantuan perubatan.
Cara mencegah lemas dan hampir lemas
Antara langkah-langkah yang boleh diambil untuk mencegah tragedi lemas dan hampir lemas adalah:
• Belajar berenang
• Elakkan berenang tanpa teman
• Pakai jaket keselamatan apabila menaiki bot.
Pertolongan Cemas Resusitasi Kardiopulmonari (CPR)
Definisi Pertolongan Cemas Pertolongan Cemas Resusitasi Kardiopulmonari (CPR) Sistem Pernafasan. Rawatan pertama diberi Usaha rawatan pertama dalam keadaan pesakit/mangsa kemalangan. kepada kecemasan sebelum ketibaan ambulans / pesakit mendapat rawatan dari doktor. Matlamat utama: untuk menyelamat nyawa, mengelakkan kecederaan dari bertambah buruk, mengurangkan kesakitan. Sebagai persediaan sebelum diambil alih oleh doktor.
CPR atau Cardiopulmonary Resuscitation adalah satu kunci penting dalam rantaian hidup untuk mangsa yang mengalami masalah kejutan secara tiba-tiba pada jantung dan pernafasan. Ianya bertujuan untuk mencegah kerosakan otak sebelum menerima bantuan perubatan. CPR mempunyai 2 matlamat iaitu:
mhtml:file://C:\Users\Admin\Desktop\PJASMANI\cpr%20zz\CPR%20Dewasa.mht!http://www.civildefence.gov.my/image/reddot.gif Mengekalkan aliran darah ke seluruh anggota badan.
mhtml:file://C:\Users\Admin\Desktop\PJASMANI\cpr%20zz\CPR%20Dewasa.mht!http://www.civildefence.gov.my/image/reddot.gif Mengekalkan aliran udara masuk dan keluar dari paru-paru.
CPR adalah teknik mudah yang hanya memerlukan peralatan yang minima sahaja. Apa yang anda lakukan adalah sesuatu yang mudah.
mhtml:file://C:\Users\Admin\Desktop\PJASMANI\cpr%20zz\CPR%20Dewasa.mht!http://www.civildefence.gov.my/image/reddot.gif Memberi tiupan ke dalam mulut mangsa untuk menolak mangsa untuk menolak masuk udara beroksigen ke dalam paru-paru. Ini akan menyerapkan oksigen ke dalam salur darah.
mhtml:file://C:\Users\Admin\Desktop\PJASMANI\cpr%20zz\CPR%20Dewasa.mht!http://www.civildefence.gov.my/image/reddot.gif Memberi tekanan di dada mangsa untuk membuatkan darah mengalir di dalam badan.
Semasa kita bernafas, kita sistem pernafasan menyedut & Udara yang disedut dibawa ke paru-paru dan menghembuskan udara Udara yang disedut hanya ada 21% oksigen, meresap oksigen ke dalam darah Badan kita memerlukan 5% oksigen untuk selebihnya kompisisi gas nitrogen melakukan proses respi .
Bilangan pernafasan seseorang peringkat bilangan seminit dewasa 15-20 kali kanak-kanak 6-10 thn 22-25 kali bayi 35-40 kali .
Bilangan nadi seseorang peringkat bilangan seminit dewasa 70-80 kali kanak-kanak 90-100 kali bayi 100-140 kali
Bantuan resusitasi kardiopulimonari (cpr) kecemasan yang diberikan kepada mangsa lemas yang tidak mempunyai denyutan Merupakan kombinasi terknik pernafasan bantuan mulut nadi dan tidak bernafas Berperanan untuk membantu jantung mengepam ke mulut dan juga tekanan dada Dua sebab utama CPR dilakukan: udara yang dihembus ke seluruh anggota badan *terhenti pernafasan *tiada nadi .
Kedudukan pemulihan Apabila mangsa yang diberi rawatan seperti CPR, terhenti pernafasan atau sebagainya mulai sedar dan hendaklah diletakkan dalam keadaan pemulihan. Kedudukan ini adalah bertujuan untuk menghalang lidah mangsa daripada menutupi tekak atau saluran pernafasan. Oleh kerana kedudukan kepala lebih rendah sedikit daripada badan, ia akan membenarkan cecair keluar mengalir dari mulut mangsa. Ini akan mengurangkan mangsa dari menyedut kandungan perut. Kepala, leher dan bahagian belakang badan hendaklah diletakkan dalam keadaan yang lurus, manakala anggota-anggota badan yang dibengkokkan seperti kaki akan mengekalkan badan dalam kedudukan yang teguh dan selesa.
Prinsip-prinsip Pertolongan Cemas Resusitasi Kardiopulmonari (CPR)
Terdapat 3 prinsip asas yang PEMERIKSAAN ABC perlu dilakukan iaitu ABC sebelum melakukan CPR A – Airway (saluran pernafasan) B – Breathing (pernafasan) C – Circulation (peredaran darah) .
1. A - AIRWAY (Airway )Saluran pernafassan. Ini merupakan tindakan pertama yang perlu dilakukan dalam proses CPR.tujuan ia dilakukan adalah untuk memastikan saluran udara untuk pernafasan adalah terbuka. Anda boleh membuka saluran udara ini dengan mendongakkan kepala mangsa ke belakang dan angkat dagu mangsa. Kedudukan ini akan mengangkat lidah mangsa dari arah belakang tekak supaya ia tidak menghalang laluan udara. Anda juga perlu membuat pemeriksaan visual ke dalam mulut mangsa dan gunakan jari anda untuk membuang sebarang bahan asing dari mulut.
2. B - BREATHING Pernafasan. Selepas saluran pernafasan dibuka, tindakan seterusnya yang perlu anda lakukan adalah memeriksa pernafasan mangsa. Dekatkan telinga anda disisi mulut dan hidung mangsa dengan keadaan muka menghadap ke dada mangsa. Keadaan tesebut membolehkan anda mendengar bunyi nafas, merasa hembusan nafas dan mata anda memandang tepat kearah dada untuk melihat pergerakan turun-naik dada. (Kaedah 3M=Mendengar, Merasa, Melihat). Jika tiada nafas anda perlu memberikan pernafasan bantuan. Contohnya mulut ke mulut.
3. C - CIRCULATION Peredaran darah. Langkah ke tiga adalah untuk mengekalkan peredaran darah. Langkah ini perlu dilakukan sekiranya jantung mangsa telah terhenti ataupun nadi mangsa telah tidak berdenyut. Sekiranya mangsa mempunyai denyutan nadi anda hanya perlu meneruskan langkah kedua iaitu bantuan pernafasan sehingga mangsa boleh bernafas dengan sendiri. Langkah ketiga ini dilakukan dengan memberi tekanan atau mampatan di dada mangsa. Semasa tekanan dilakukan tangan anda hendaklah sentiasa lurus. Gunakan berat badan anda untuk melakukan tekanan. Pastikan kedudukan tekanan di tulang dada (sternum) dan sekitar dua jari dari atas hulu hati (cuaran xiphoid).
4. Kaedah pemulihan pernafasan mulut ke mulut siasat kejadian, kenalkan diri, periksa paras kesedaran, goyangkan badan. Baringkan mangsa supaya dalam kedudukan telentang. Dapatkan bantuan. Bukakan saluran pernafasan. Buangkan sebarang benda asing dari mulut. Tutup lubang hidung mangsa Dongakkan kepala dan angkat dagu mangsa.Tentukan mulutnya terbuka. menggunakan ibu jari dan jari telunjuk anda. Tarik nafas sepenuhnya dan hembuskan ke mulut mangsa sehingga anda melihat dada mangsa bergerak naik. Tentukan tiada kebocoran udara semasa hembusan dilakukan. Angkat mulut danm biarkan udara keluar dari paru-paru mangsa. Ambil masa. Tarik nafas kembali dan selama sekitar 2 saat untuk melihat sebarang reaksi. ulangi langkah 1 hingga 8. buatlah hembusan pada kadar 10 kali seminit. Gunakan kaedah mulut ke hidung sekiranya mulut pesakit tersumbat dan Catatan: tidak boleh dibersihkan segera. Pastikan bibir mangsa dipicit rapi agar udara Gunakan kaedah yang ditiup melalui hidung tidak keluar melalui mulut mangsa. mulut ke mulut dan hidung sekiranya mangsa adalah bayi atau kanak-kanak yang kecil. Tiup dengan lembut dan perlahan agar tidak mencederakan paru-paru mangsa. Pastikan dada bergerak naik semasa hembusan. Sekiranya dada tidak naik ini menunjukkan bahawa salur udara mungkin terhalang oleh muntah, darah, atau sebagainya. Pernafasan dan kadar normal, letakkannya dalam kedudukan pemulihan. denyutan nadi setiap 10 minit.
Kaedah cpr seorang diri siasat kejadian, kenalkan diri, periksa paras kesedaran, goyangkan badan. apatkan bantuan. Terlentangkan mangsa dan lakukan pemeriksaan ABC dan periksa seluruh badan. Jika tidak bernafas, berikan dua hembusan bantuan. Periksa nadi karotik. Jika ada nadi, teruskan bantuan pernafasan pada kadar 12 hembusan seminit. Jika nadi tiada, segera mulakan tekanan. Beri tekanan sebanyak 15 kali. Caranya adalah seperti berikut: letakkan tangan anda di atas dada mangsa. - berikan 15 kali tekanan sedalam 1.5–2 inci untuk orang dewasa - selepas itu, beri pula 2 hembusan (1 pusingan) - berikan 15kali tekanan lagi dan kemudian 2 hembusan (2 pusingan) -selepas 4 pusingan periksa nadi karotik -teruskan CPR (15 tekanan dan 2 hembusan) jika tiada nadi. -lakukan sehingga bantuan pakar tiba. Sekiranya telah ada denyutan jantung (nadi), teruskan dengan bantuan pernafasan. Periksa denyutan nadi selepas 10 kali hembusan . bersedia untuk melakukan tekanan dada sekiranya nadi tiada. Jika mangsa mulai bernafas tanpa bantuan, letakkan dia dalam kedudukan pemulihan. Periksa semula pernafasan dan nadi setiap tiga minit.
Nisbah hembusan dan tekanan dalam CPR adalah sama untuk kaedah 1 penyelamat dan 2 penyelamat. Dalam keadah 2 penyelamat, penyelamat yang membuat tekanan di dada berhenti sewaktu penyelamat lain memberi bantuan pernafasan. Hubungi bantuan atau hospital untuk dapatkan bantuan doktor atau pakar untuk rawatan selanjutnya.