About Me

My photo
Assalamualaikum dan Salam Satu Malaysia semua! Kami pasukan perubatan bukan kerajaan iaitu pasukan ST.JOHN AMBULANS SMK TUN SYED NASIR ISMAIL, atau dikenali sebagai St. John Ambulans Majidee. Sekolah yang mempunyai satu-satunya ahli 100% melayu. Disini lah segala aktiviti St.John Ambulans Majidee di mulakan. Siapakah AJK St. John Ambulans? Apakah aktiviti yang dilakukan oleh St. John Ambulans? Oleh itu, teruskan membaca blog kami dan banyak lagi yang kalian semua akan tahu tentang kami.

OBJEKTIF


Diantara tujuan utama organisasi SJAM Kadet adalah seperti berikut:-
  1. Memberi peluang bagi mencapai objek-objek Perbadanan SJAM
  2. Menggalakan pemuda pemudi mengikuti gaya hidup selaras dengan Rukun Kadet
  3. Mengembangkan semangat kerjasama dan toleransi sambil mengambil kira keupayaan diri seseorang Kadet
  4. Penjagaan Kesihatan Diri
  5. Menggalakkan pemuda pemudi supaya menggunakan waktu lapang mereka pada aktiviti yang menyeronokkan dengan menyediakan segala kemudahan moden dan penglibatan diri dalam pergerakan belia kebangsaan
  6. Menjadi pelapis kepada kepimpinan perbadanan apabila mereka memasuki Bahagian Dewasa kelak